Pages

Wednesday 22 April 2015

Permainan Tradisional



 Permainan Rim Basikal

Jenis
PERMAINAN Rim Basikal atau kelereng tergolong dalam jenis permainan laman. Tujuan permainan ini ialah untuk mendorong  kelereng ke garisan penamat.





Jumlah Pemain
 Permainan kelereng boleh dimainkan oleh beberapa pasukan dan setiap pasukan terdiri daripada satu orang.




Peralatan
 Peralatan yang digunakan ialah rim basikal dan patok sangga sepanjang 50 cm.






Tempat
 Gelanggang yang digunakan untuk permainan kelereng mestilah berpermukaan rata dengan dibuat lorong larian berlebar 1 meter dan jauh 40 meter.



Arahan Permaianan
Selepas diberi arahan, peserta hendaklah mendorong rim dengan menggunakan patok sangga mengikut lorong masing-masing dari paduk ke padan. Peserta boleh menangkap rim apabila rim menuju ke arah lorong lawan. Jika rim tersebut jatuh, peserta hendaklah mendorong semula rim tersebut dari tempat jatuh.
Kemenangan dikira berdasarkan kepada peserta yang tiba dahulu di padan atau apabila pihak lawan diisytiharkan batal atau mati atau dibuang dari gelanggang kerana melakukan sesuatu kesalahan yang boleh menyebabkan batal, mati atau dibuang gelanggang.
Peserta akan dikira mati sekiranya mendepani aba-aba atau paduk sebanyak tiga kali. Peserta juga akan dikira mati sekiranya memasuki lorong pihak lawan sewaktu perlumbaan.

 Bagi kesalahan batal, berlaku apabila peserta tidak menyangga rim ke padan. Buang gelanggang berlaku apabila terdapat mana-mana peserta atau pemain yang melakukan sesuatu perbuatan yang kurang sopan sebanyak tiga kali. 


Buang gelanggang juga akan berlaku sekiranya terdapat mana-mana pemain berbuat sesuatu yang bukan dalam permainan.

No comments:

Post a Comment